Tiba-tiba sahaja, ada keinginan untuk berwarkah dalam bahasa ibunda. Demam apa pun tak pasti. Demam bola sudah tentu tamat. Mungkin sisa sisa nya.
Perlawanan Piala Dunia telah tamat, akhirnya. Ditutupi dengan gol kemenangan bagi Itali, perlawanan berakhir dengan 1 - 1 (5 - 3 pada saat penalti) Oooo... aku tidak akan menulis mengenai apa yang telah berlaku pada perlawanan tersebut. Biarlah para wartawan menganalisa peristiwa tersebut. Bagiku.... bagiku.... kehidupan masih diteruskan.....
Kenapa?
Kerana banyak lagi perkara sedih yang meragut keinginanku melayan kesedihan atas kekalahan Perancis. Antaranya, kenaikan harga teksi adalah satu perkara yang amat membimbangkan. Pagi tadi, aku ber-bas.
Ah~
Tiba-tiba sahaja, aku rasa seperti aku harus menulis sesuatu. Tak tahu la pula mengenai apa. Mungkin kepenatanku mengambil alih kewarasanku.
Sekiranya aku bangun dari tidur, alangkah indah sekiranya waktu tidak bergerak?
Separuh daripada in-tray ku dapat dibereskan, dan ulangkaji pelajaran bagi hujung minggu ini telah pun tamat. Bilikku terkemas dengan sendirinya dan buku-buku, fail-fail dan nota-nota tidak perlu disimpan, hafal sahaja dalam hati dan ilmu-ilmu berharga dapat diabadikan dalam diri. Dan aku? aku berada di puncak Gunung Ledang, gunung yang ku tempuhi setengah jalan sahaja.
Itu dunia ideal ku.
Dunia ketika mataku separuh terbuka.......
Biarkan aku....
terus belayar ke dunia tersebut
Selamatkan aku sekiranya ku jauh dari pandangan mu.
Humaira
Ku perlukan kompass
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment